SESAT DALAM SKRIP?

SESAT DALAM SKRIP?

Yang jadi Emcee mesti pernah alami saat2 genting ni kan? Hehe
.
.
Menggelabah sekejap nak cari kat mana tempat yg baca tadi.. Huhu
.
.
Meh Tuan Shahril ‘belanja’ satu tips utk atasi masalah ni. 
.
.
Saksikan video sampai habis tau 😎

.

TEPUKAN GEMURUH TANPA SURUH

TEPUKAN GEMURUH TANPA SURUH

Jika anda perasan, ayat paling selalu EMCEE gunakan:

“Hadirin sekalian, berikan tepukan paling gemuruh kepada tetamu kehormat kita pada hari ini….. “

.

.

Ayat sebegini tidak salah. Namun menggunakannya terlalu kerap akan menyebab emosi penonton terganggu.

.

.

Justeru EMCEE Profesional perlu tahu bagaimana menggunakan lantunan vokal untuk memberi isyarat kepada bahawa penonton bahawa mereka perlu tepuk.

.

.

Dengan teknik vokal yang betul, penonton akan dengan sendirinya akan berikan tepukan tanpa anda perlu membuat pengumuman untuk tepukan.

.

.

Nak tahu level suara tersebut? Jom tonton video TIPS TEPUKAN GEMURUH.

.

.

“SUSAH KE HAFAL NAMA RAJA?”

“SUSAH KE HAFAL NAMA RAJA?”

Sebenarnya tak susah!

Dalam bengkel saya, salah satu segmen penting adalah “Protokol Diraja”.

Alhamdulillah, semakin ramai yang mula teruja untuk ingat nama RAJA-RAJA.

Dulu tak ramai nak hafal nama RAJA / SULTAN kerana beranggapan nama Baginda agak susah.

Namun percayalah, kalau kita tahu “Teknik” dan “Formula” yang betul, ia akan menjadi mudah.

Saya akan mulakan dengan, apa beza KDYMM dan DYMM… negeri mana yang guna KDYMM dan negeri mana yang guna DYMM.

Selepas itu, kita cuba ingat hanya nama baginda saja dulu.

Contoh Sultan Terengganu:

Ingat dulu, Terengganu adalah “KDYMM”.

Lepas tu, ingat nama baginda dan cantumkan dengan panggilan hormat tadi.

“KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin”

Fasa berikutnya, masukkan gelaran rasmi baginda.

“KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan MIzan Zainal Abidin”

Lepas ingat pula nama Ayahanda Baginda.

“KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan MIzan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud”.

Dan last stage, ingat gelaran rasmi Ayahanda Baginda.

“KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah”

Bila kita dah ingat nama rasmi semua Baginda Sultan, InsyAllah, setiap hari… anda akan lebih teruja untuk membaca sejarah Kesultanan dan instusi Diraja.

Semoga usaha kecil yang kami laksana di IKON Academy akan memberi inspirasi dan impak dalam pembangunan jati diri setiap peserta.

TAWAN AUDIENS DENGAN PUKAUAN BAHASA

TAWAN AUDIENS DENGAN PUKAUAN BAHASA

Tidak ramai pengacara majlis yang mahir dalam penggunaan susunan kata-kata yang berkesan dalam pengacaraan majlis. 
.
Biasanya mereka akan menggunakan teknik pengacaraan yang biasa-biasa saja yang boleh menyebabkan pendengar tidak memberikan fokus kepada pengacaraan majlis. 
.
Pendengar akan asyik bercakap atau berbincang dengan rakan sebelah semasa pengacara mengendalikan majlis. Mereka hanya menunggu nama mereka dipanggil atau melihat susunan atur cara majlis. 
.
Tetapi bagi pengacara majlis yang pandai menggayakan bahasa, pendengar akan memberikan sepenuh tumpuan, mendengar bait-bait kata yang dilontarkan oleh pengacara majlis seterusnya setiap kata-kata itu akan cuba difahami dan meresap ke dalam sanubari pendengar.
.
Ramai yang melihat aspek bahasa itu aspek yang mudah sedangkan bahasa itu mencerminkan tahap intelektual dan juga memberikan impak yang tinggi kepada sesuatu pengacaraan dan juga persembahan ucapan.

Satu perkataan mungkin mengubah daripada sesuatu yang sendu menjadi sesuatu yang berprestij yang berimpak tinggi, dan bimbang juga satu perkataan itu boleh merencatkan ataupun melumpuhkan sebuah majlis.

Jadi amat penting untuk mengkaji, menjiwai dan mendalami bahasa agar persembahan kita nampak matang dan juga nampak kemas selain nampak professional di majlis yang kita acarakan.
.
Impak bahasa dan juga bagaimana mengetahui teknik menawan audien dengan bahasa yang berkualiti dan cemerlang sangat penting bagi seseorang emcee professional untuk mempelajarinya

GELARAN RASMI SULTAN PAHANG KE-6

GELARAN RASMI SULTAN PAHANG KE-6

Mulai hari selasa, 15 Januari 2019 bersamaan 9 Jamadilawal 1440H, nama dan gelaran rasmi bagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang ke-6 ialah :

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG, AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH

Ia membawa maksud :

SULTAN ABDULLAH PEMBELA AGAMA YANG TERPILIH OLEH ALLAH

#AmpunTuanku

PANDAI BERCAKAP TAK SEMESTINYA BIJAK BERKOMUNIKASI

PANDAI BERCAKAP TAK SEMESTINYA BIJAK BERKOMUNIKASI

Ramai yang menganggap orang yang pandai bercakap adalah orang yang bijak berkomunikasi. Walhal bercakap dan berkomunikasi adalah satu perkara yang berbeza.

Pada dasarnya kedua-dua perkara ini menggunakan deria yang sama iaitu mulut dan telinga. Bercakap tidak memerlukan perancangan yang teliti tetapi berkisar kepada isu yang hendak disampaikan.

Dalam proses komunikasi, yang diberi penekanan bukan sekadar penyampaian mesej tetapi yang lebih penting ialah kefahaman penerima terhadap mesej dan bertindak sesuai dengan maksud mesej seperti kehendak oleh penyampai mesej. Inilah yang dikatakan komunikasi berkesan.

Dapat sesuatu daripada perkongsian di atas?

Alhamdulillah..semoga bermanfaat.