LAMAN RASMI SHAHRIL SARAPUDIN

Pengacara Majlis Profesional, Pembaca Berita, Pengacara TV RTM & Penulis

DAPATKAN VIDEO TIPS EMCEE SECARA PERCUMA!

KENALI SAYA

SHAHRIL SARAPUDIN  adalah seorang yang sangat aktif sebagai Pengacara Majlis Profesional & menulis buku berkaitan pengacaraan dan komunikasi gaya profesional di samping meneruskan kerjaya beliau sebagai Pembaca Berita dan Pengacara TV Di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Keseriusan beliau berkecimpung dalam industri penyiaran sejak 2009 terserlah setelah dinobatkan sebagai Penyampai Berita TV Terbaik dan Pengulas TV Terbaik, di Anugerah Seri Angkasa 2016. Terbaru, buku pertama beliau yang diberi nama “AURA EMCEE” telah berjaya diterbitkan pada bulan Mac 2018.

“Dulu saya sentiasa merasakan mustahil untuk bergelar pengacara kerana saya hanya orang biasa-biasa, tambahan saya adalah seorang yang sangat pemalu dan gugup bila berhadapan dengan ramai orang, namun kini baru saya sedar bahawa USAHA + MINAT + ILMU + DOA dapat menjadikan kita seorang yang luar biasa….” – Shahril Sarapudin –

Beliau yang merupakan anak jati Kelantan adalah generasi penyiar muda yang banyak diberi tanggungjawab menjayakan program-program siaran langsung di Radio Televisyen Malaysia RTM.

Pencapaian yang membanggakan melalui laporan-laporan berita yang diterbitkan beliau sebagai salah seorang wartawan siaran di RTM, telah membuatkan juri sepakat untuk menobatkan Shahril Sarapudin sebagai penerima Anugerah Wartawan Muda A. Samad Ismail pada Malam Wartawan Malaysia 2016.

Di RTM, beliau antara pengacara TV yang sentiasa diberi kepercayaan membawakan siaran langsung Istiadat Diraja kerana cinta dan minat yang mendalam kepada Institusi Diraja serta kebolehan mengingati sejarah Sistem Beraja di Malaysia menjadi nilai tambah kepada beliau.

“Dalam setiap seminar yang saya kendalikan, saya tidak akan pernah tertinggal untuk berkongsi mengenai Protokol Diraja, ini kerana masyarakat hari ini semakin hari semakin jauh untuk tahu, kenal dan faham mengenai keunikkan Sistem Beraja di Malaysia. Setiap nama seorang Sultan atau Raja yang memerintah ada maksud tersendiri yang perlu kita fahami…”  – Shahril Sarapudin –

“Insyallah… jangan pernah jemu mencari ilmu, dan jangan pernah jemu untuk berguru, kerana semakin banyak ilmu yang kita cari, semakin ramai guru yang kita temui, maka kita akan rasa begitu kerdilnya ilmu di dada… semoga kita semua akan diingati sebagai seorang yang berilmu…” – Shahril Sarapudin –

“Dulu saya sentiasa merasakan mustahil untuk bergelar pengacara kerana saya hanya orang biasa-biasa, tambahan saya adalah seorang yang sangat pemalu dan gugup bila berhadapan dengan ramai orang, namun kini baru saya sedar bahawa USAHA + MINAT + ILMU + DOA dapat menjadikan kita seorang yang luar biasa….”

Shahril Sarapudin

Pengacara Majlis Profesional & Pengacara TV di RTM

KISAH SAYA

Saya berasal dari Kuala Krai, Kelantan. Sekolah Rendah di Kelantan, Sekolah Menengah di Kelantan, masuk universiti pun di UiTM Machang, Kelantan. Justeru cabaran terbesar yang saya alami adalah nak bertutur dalam Bahasa Melayu yang betul kerana DIALEK saya yang agak tebal.

Ketika di Menara Gading, saya sedar, saya perlu atasi kelemahan tersebut, kerana jika tidak, saya akan ketinggalan. Alhamdulillah, pengalaman di UiTM Kelantan banyak membentuk siapa diri saya hari ini.

Saya sering berkongsi kisah ketika zaman mahasiswa saya kepada semua. Pada 2006, budak kampung ini melangkah ke UiTM dengan harapan mahu menjadi pelajar yang cemerlang dan cepat mendapat kerja kerana saya bukan orang berada.

Semester pertama.. saya tidak aktif dalam kokurikulum, hanya ke kuliah sahaja kerana ingin fokus. Namun CGPA yang saya terima pada semester itu agak menyedihkan… hanya 2.95. Semester kedua, perkara sama saya lalui… dan keputusan bertambah merosot dengan CGPA hanya 2.90.

Semester ketiga saya mula sedar dan cepat mengubah langkah… bermula tahun baru 2007 saya mula aktif berpersatuan dan terlibat dengan banyak aktiviti universiti.

PELIK, CGPA saya semester ketiga meningkat kepada 3.0. Sungguh hairan, semakin sibuk, semakin senang saya ingat semua subjek yang diajar.

Semester keempat saya bertanding dalam Majlis Perwakilan Pelajar dan alhamdulillah saya menang dan menjadi wakil pelajar bagi fakulti. Dan CGPA saya meningkat untuk setiap semester sehingga di semester terakhir, saya sempat merasai apa yang dinamakan ANUGERAH DEKAN !!!

Saat itu baru saya sedar, setiap orang punya kelebihan yang pelbagai. Dan saya mula berkongsi rahsia saya kepada pelajar bahawa Universiti adalah gedung segala ILMU, bukan teori semata-mata, bahkan sarat dengan mesej yang perlu anda gali. Insyallah jika anda ketemu X-FAKTOR anda di universiti… maka anda akan berlari dan terbang di alam pekerjaan nanti. PERCAYALAH!

2009 saya diterima masuk ke dalam Program Realiti Penyampai Ikon RTM dan akhirnya mula bertugas di Bilik Berita sebagai wartawan siaran.

Berkat doa Abah dan Umi diiringi usaha berterusan, saya diterima sebagai salah seorang generasi penyiar muda di RTM sehingga kini.

Laman web www.shahrilsarapudin.com & IKON Academy saya wujudkan dengan niat untuk berkongsi kisah & motivasi kepada semua, bahawa ORANG BIASA pun boleh jadi LUAR BIASA jika anda jumpa X-FAKTOR dalam diri.

ANUGERAH YANG TELAH DISANDANG

TEMPAT KE-5 PROGRAM REALITI TV PENYAMPAI IKON RTM  2009

ANUGERAH WARTAWAN MUDA A. SAMAD ISMAIL PADA MALAM WARTAWAN MALAYSIA 2016

PENYAMPAI BERITA TV TERBAIK DI ANUGERAH SERI ANGKASA 2016

PENGULAS TV TERBAIK DI ANUGERAH SERI ANGKASA 2016

VIDEO RANCANGAN TV YANG DIHOSKAN 

“Laman web www.shahrilsarapudin.com & IKON Academy saya wujudkan dengan niat untuk berkongsi kisah & motivasi kepada semua, bahawa ORANG BIASA pun boleh jadi LUAR BIASA jika anda jumpa X-FAKTOR dalam diri.”

Shahril Sarapudin

Pengacara Majlis Profesional & Pengacara TV di RTM

ARTIKEL TERKINI

TAWAN AUDIENS DENGAN PUKAUAN BAHASA

Tidak ramai pengacara majlis yang mahir dalam penggunaan susunan kata-kata yang berkesan dalam pengacaraan majlis. .Biasanya mereka akan menggunakan teknik pengacaraan yang biasa-biasa saja yang boleh menyebabkan pendengar tidak memberikan fokus kepada pengacaraan...

GELARAN RASMI SULTAN PAHANG KE-6

Mulai hari selasa, 15 Januari 2019 bersamaan 9 Jamadilawal 1440H, nama dan gelaran rasmi bagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang ke-6 ialah : KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG, AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI SULTAN HAJI...

PANDAI BERCAKAP TAK SEMESTINYA BIJAK BERKOMUNIKASI

Ramai yang menganggap orang yang pandai bercakap adalah orang yang bijak berkomunikasi. Walhal bercakap dan berkomunikasi adalah satu perkara yang berbeza. Pada dasarnya kedua-dua perkara ini menggunakan deria yang sama iaitu mulut dan telinga. Bercakap tidak...

“Setiap orang punya X-FAKTOR yang tersendiri, tatkala kita sedar akan kekuatan diri, maka kita akan mula berlari. Saya percaya setiap dari kita perlu menggali kehebatan yang ada pada diri kita melalui pelbagai cara. Salah satu jalan pintas yang mujarab ialah dengan belajar dari pengalaman orang yang terbukti berjaya….”

Shahril Sarapudin

Pengacara Majlis Profesional & Pengacara TV di RTM

SEBARANG PERTANYAAN SILA :

15 + 8 =

Shares