Sebenarnya tak susah!

Dalam bengkel saya, salah satu segmen penting adalah “Protokol Diraja”.

Alhamdulillah, semakin ramai yang mula teruja untuk ingat nama RAJA-RAJA.

Dulu tak ramai nak hafal nama RAJA / SULTAN kerana beranggapan nama Baginda agak susah.

Namun percayalah, kalau kita tahu “Teknik” dan “Formula” yang betul, ia akan menjadi mudah.

Saya akan mulakan dengan, apa beza KDYMM dan DYMM… negeri mana yang guna KDYMM dan negeri mana yang guna DYMM.

Selepas itu, kita cuba ingat hanya nama baginda saja dulu.

Contoh Sultan Terengganu:

Ingat dulu, Terengganu adalah “KDYMM”.

Lepas tu, ingat nama baginda dan cantumkan dengan panggilan hormat tadi.

“KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin”

Fasa berikutnya, masukkan gelaran rasmi baginda.

“KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan MIzan Zainal Abidin”

Lepas ingat pula nama Ayahanda Baginda.

“KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan MIzan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud”.

Dan last stage, ingat gelaran rasmi Ayahanda Baginda.

“KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah”

Bila kita dah ingat nama rasmi semua Baginda Sultan, InsyAllah, setiap hari… anda akan lebih teruja untuk membaca sejarah Kesultanan dan instusi Diraja.

Semoga usaha kecil yang kami laksana di IKON Academy akan memberi inspirasi dan impak dalam pembangunan jati diri setiap peserta.

Shares